Saturday 16 February 2013

Kenapa dia makan banyak....tapi tak gemuk2?...berat sama ngan aku lak tu...

Salam sabtu semua....cuti hujung minggu yang memang saya nanti2kan setiap kali bekerja...bukan apa...masa ni la dapat manja2 dengan anak-anak....buat macam2 aktiviti dengan diorang ni...alhamdulillah. ...
Jadi pagi ni saya nak sentuh soalan di atas....mesti korang anda tertanya kalau kawan kita ni dah la berat badan sama ngan kita...pastu dia lak jenis tak berdiet...pakai makan je semua...tapi tak gemuk2....kalau kita pula...tak jaga makan...haaa...siap la...macam di pam pam....hehehe....so ..apa sebabnya yang membezakan kita dengan kawan kita tu?....jawapannya adalah kadar metabolism badan masing2....ni saya ambil dari post kawan saya...thanks cery.... :)

Metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori dibakar untuk mengekalkan fungsi tubuh yang asas.Metabolisme memang berhubungan dengan berat badan, namun bukan penyebab pertambahan berat badan. Antara faktor mempengaruhi kadar penurunan atau peningkatan metabolisme adalah komposisi badan kerana individu yang mempunyai otot berlebihan dapat membakar kalori lebih walaupun dua individu memiliki berat badan sama. Berikut saya kongsikan artikel dari Berita Harian cara2 untuk tingkatkan metabolisme

Bersenam

Apabila bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari, anda akan meningkatkan kadar metabolisme dalam tempoh 24 jam berikutnya. Contohnya berjalan lebih jauh ketika membeli-belah, menggunakan tangga daripada menggunakan lif dan melakukan lebih banyak aktiviti di sekitar rumah termasuk bercucuk tanam, menyapu, menyiram pokok bunga dan sebagainya.

Membina otot

Lebih banyak otot, lagi tinggi kalori terbakar. Cuba gabungkan senaman aerobic atau latihan berat badan.

Vitamin tambahan

Vitamin C juga penting kerana ia adalah rakan baik dengan kalsium dalam peningkatan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme, manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral.

Makanan tidak terlalu berat secara berulangan

Pastikan tubuh mendapat 800 kalori setiap hari untuk mengekalkan kecerdasan. Makan empat hingga enam kali makanan seimbang atau diet setiap dua hingga tiga jam bermula dengan sarapan. Bermula dari sini, anda boleh meningkatkan kadar metabolisme, menstabilkan kadar gula dalam darah, membekalkan sumber tenaga dan membantu mengelak makan terlalu banyak tanpa dikawal.

Mengamalkan diet sihat

Pastikan anda mendapatkan protein optimum untuk mengekalkan otot baik. Ambil makanan mengandungi kadar serat tinggi dan makanan pembakar lemak untuk meningkatkan kadar metabolisme. Minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.Tidak mendapat air mencukupi, melambatkan semua sistem badan termasuk kadar metabolisme.

Tidur cukup

Tidur sekurang-kurang tujuh atau lapan jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu tubuh untuk membakar kalori. Jumlah tidur berlebihan juga tidak memberikan kesan sama. Cuba kekalkan rutin konsisten dan bangun waktu lebih kurang sama setiap hari.

Hindari tekanan

Kortisol adalah hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya dalam situasa tekanan tinggi tatkala anda mengalami gangguan emosi.

Kesan matahari

Sinar matahari baik untuk kesihatan dan metabolism anda. Kajian menunjukkan menghabiskan masa lama dalam persekitaran tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Dapatkan sedikit sinar matahari untuk menaikkan kadar degupan jantung dan menghirup udara segar.

Makanan pedas

Ia mampu membakar kalori sejurus 30 minit selepas makan.

Kesegaran teh hijau

Gantikan kopi atau teh tarik dengan pengambilan teh hijau kerana teh itu diperkaya dengan polifenol bertindak meningkatkan kadar metabolisme

Alang-alang saya dah citer pasal ni...saya nak share set shape up yang memang popular di kalangan customer saya....dalam set ini ade protin Cinch shake.nak tau apa bezanya dengan protin jenama lain?....
Bezanya protin Cinch mengandungi  Leucine serta formula yg bertindak membakar lemak dengan mengekalkan otot2 yg berharga itu..Otot2 itu perlu utk badan membakar kalori dengan lebih efisien..Jadi pastikan anda membeli protin shake yang tepat.. Kerana jika tidak, anda mungkin fikir anda kehilangan kilogram yg banyak.. hakikatnya anda kehilangan otot2 yg berharga itu.. oh tidakk




Puan Zita
Shaklee Independent Distributor
 ID 881218
0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

No comments:

Post a Comment