Thursday 14 February 2013

Ambil B Complex boleh gemuk?...no..no...no...

Tadi masa mesyuarat sempat la bercerita dengan seorang kawan ni tentang pengambilan B Complex sebagai supplement tambahan untuk mengawal berat badan...tapi kawan saya ni tak setuju....sebab dia kata B Complex boleh menyebabkan berat badan naik....oo..no...no...no...sebelum nak hukum...kene siasat dan belajar tul tak?....
Jadi malam ni saya nak war2kan fungsi B complex kepada badan kita ni ye...

Apakah makanan yang mengandungi zat B sebenarnya?

Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur, buah-buahan, gandum, ragi, hati, ikan, ginjal, kentang manis dan sebenarnya banyak lagi. Namun kita perlu tahu bahawa vitamin B yang LENGKAP atau nama lainnya ialah B Kompleks terdiri daripada lapan (8) vitamin B.

Apakah B Complex ?

B complex terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu thiamin (B-1),riboflavin (B-2),niacin(B-3),pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin.

Apa kebaikan vitamin B complex sebenarnya?

Banyak keperluan vitamin B complex ini, antaranya ialah untukmengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein, Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.


Jadi...B Complex menolong metabolism karbohidrat,  lemak dan protin....so, macam mana pula B Complex boleh menyebabkan berat badan naik pula kan?....yang penting kita kene tahu cara pengambilan yang betul....baru supplement yang kita makan dapat memberikan kesan maksimum....nak tau cara pengambilan supplement yang betul?...hubungi saya untuk free consultation. ...

Oh ye...sebelum.saya lupa Shaklee juga ade menyediakan B Comlplex dengan harga yang memang mampu milik...terpulang kepada anda untuk memastikan kesihatan anda terjamin...





Puan Zita
Shaklee Independent Distributor
 ID 881218
0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

No comments:

Post a Comment