Saturday 17 August 2013

Kenalpasti peringkat awal Autistic Sindrom Disorder - Pengalaman Sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....alhamdullilah di pagi sabtu yang busy ni...( basuh baju, kemas umah ...masak...keje no. 2 pulak)...terlintas di hati nak share pengalaman saya tentang Autism....ni sambungan saya berkaitan autism yang lalu...

Saya tahu, bila orang tengok anak saya, diorang kata tak de cacat cela nye...memamg kanak2 yang didiagnos Autism ni tidak ade cacat celanyer....kerana cacatnye adalah pada mental kanak-kanak itu sendiri, saya bercakap berdasarkan pengalaman saya ye...anak sulung saya Autism dan disahkan sejak dia berumur 2 tahun...

Macam mana nak detect anak anak kita yang berkemungkinan mempunyai ASD ni?...pada masa mula2 saya hantar anak saya ke paediatric, benda pertama dia buat adalah memanggil nama anak saya dan cuba untuk berbual dengan menanyakan siapa namanye....simptom yang boleh dilihat dengan ketara ialah anak saya tidak respon semula apabila namanya dipanggil dan apabila diajak untuk berbual, dia tidak mempunyai eye contact dengan doktor. Dia juga tidak fokus kepada satu satu perkara dan doktor memaklumkan kepada saya yang anak saya juga hyperactive....wahh...2 in 1 lak kan....reaksi pertama saya setelah paediatrik maklumkan bahawa anak saya disahkan ASD dan hyperactive, saya kelu seribu bahasa dan tidak boleh nak beri apa2 respon kepada paediatrik....

Saya ambil masa yang lama untuk menelan hakikat yang anak saya ASD dan hyperactive...maybe dalan sebulan lebih baru saya sedar kembali dan redha dengan kehendak Ilahi. Bermula lah perjalanan kami sekeluarga untuk membesarkan anak saya yang istimewa ini. .....

Ok, nanti sambung lagi sebab nak pi layan anak saya tu...nanti saya citer macam mana nak sekolahkan anak anak ASD dan hyper ni...serta apa yang saya lalui sepanjang saya membesarkan anak saya ni...

Kalu nak info atau ape2 aje nak share, tinggalkan comment anda di sini....




Puan Zita
Shaklee Independent Distributor
ID 881218
0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

2 comments:

  1. Puan, boleh bantu saya ke mana saya nak channelkan anak saya sekiranya dia mengalami mild autisme? Sangat appreciate kalau puan dapat membantu. Ni email saya : rozailinabdulrahman@gmail.com. Whatsapp : 0193334454.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki Aulad:...saya dah email ...seperti dalam email tu, kene dapatkan pengesahan anak tersebut dan paediatric saya suruh hadiri 2 sesi terapi..speech terapi dan terapi cara kerja..

      Delete