Showing posts with label Cinch. Show all posts
Showing posts with label Cinch. Show all posts

Tuesday, 14 April 2015

Jom Langsing bersama Shaklee Cinch Shake Mix

Menjengah kembali ke blog yang telah lama di tinggalkan. Mahu mencuba juga dan insya allah dengan semangat yang baru ingin mengubah kehidupan dengan niat untuk membantu orang lain merasai kesihatan dan kehidupan yang lebih baik.

Musim GST telah bermula, maka ramailah yang merungut tentang perbelanjaan yang makin bertambah. Ya, saya tak nafikan mmg terasa tempiasnya, namun jangan sesekali kita merungut dengan rezeki yang Allah tentukan. Banyakan berdoa dan insy Allah, rezeki untuk kita ini pasti.

Untuk promosi bulan ini, Shaklee adakan banyak promosi berganda. Kali ni saya nak share pasal Cinch Shake Mix. Antar product yang terbaik Shaklee.

Banyak testimony tentang Cinch dan kelebihannya.

Apa kelebihan CINCH SHAKE berbanding minuman diet yang lain??
  • CINCH SHAKE MIX mengandungi leucine yang merupakan otot yang membina asid amino yang terdapat dalam protein tertentu. Ujian klinikal yang telah dibuat ke atas formula leucine telah menunjukkan dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak (lean muscle mass).
  • Mereka yang telah menjalani program ini telah kehilangan lemak, berat, inci dan pada masa yang sama mengekalkan otot mereka. Ini bermakna, walaupun anda sudah mendapat berat yang ideal, KULIT DAN OTOT ANDA TIDAK AKAN MENGGELEBER
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO


Ada pertanyaan?...boleh hubungi saya ye

Zita Shaklee Independent Distributor ID 881218 0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

Friday, 23 May 2014

Cara makan untuk kekal Langsing



Salam hari jumaat buat semua... harini nak cerita tentang makan.Makan ni sesuatu yg wajib..ia fitrah manusia. Kita semua perlu makan utk memberi tubuh kita bahan utk dibakar utk dijadikan sumber tenaga. Kita juga perlu makan supaya zat2 penting dpt disalurkan kepada tubuh kita..jadi jgn takut makan semata2 taknak gemuk okay...Harini mari kita baca cara mkn yg betul utk kekal langsing:

 
  1. Makan dengan kerap.Anda boleh pastikan anda langsing jika makan dengan kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak
  2. Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan. Para pengkaji dari Purdue University mendapati bahawa mereka yang memakan makanan berprotein tinggi lebih merasa puas dengan dengan makanan yang di makan dan kurang berasa lapar. Tambahan pula, mereka yang memakan 30 peratus kalori daripada makanan bersumber protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya. Jadi pilihan anda utk mencuba ESP or Cinch Shaklee.. mmg tepat..tu makanan tambahan protin yg bestt..
  3. 3.Rendah kalori, rendah lemak. Amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.
    4.Waktu terbaik untuk minum air.Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan...Waktu yg dicadangkan adalah awal pagi selepas bgn tidur, 30min sebelum waktu makan, sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan.


Okey..sekian tips untuk hari ini.. Semoga hari hujung minggu ini membawa seribu kebahagiaan dan rahmat buat kita semua..



Zita Shaklee Independent Distributor ID 881218 0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

Saturday, 16 February 2013

Kenapa dia makan banyak....tapi tak gemuk2?...berat sama ngan aku lak tu...

Salam sabtu semua....cuti hujung minggu yang memang saya nanti2kan setiap kali bekerja...bukan apa...masa ni la dapat manja2 dengan anak-anak....buat macam2 aktiviti dengan diorang ni...alhamdulillah. ...
Jadi pagi ni saya nak sentuh soalan di atas....mesti korang anda tertanya kalau kawan kita ni dah la berat badan sama ngan kita...pastu dia lak jenis tak berdiet...pakai makan je semua...tapi tak gemuk2....kalau kita pula...tak jaga makan...haaa...siap la...macam di pam pam....hehehe....so ..apa sebabnya yang membezakan kita dengan kawan kita tu?....jawapannya adalah kadar metabolism badan masing2....ni saya ambil dari post kawan saya...thanks cery.... :)

Metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori dibakar untuk mengekalkan fungsi tubuh yang asas.Metabolisme memang berhubungan dengan berat badan, namun bukan penyebab pertambahan berat badan. Antara faktor mempengaruhi kadar penurunan atau peningkatan metabolisme adalah komposisi badan kerana individu yang mempunyai otot berlebihan dapat membakar kalori lebih walaupun dua individu memiliki berat badan sama. Berikut saya kongsikan artikel dari Berita Harian cara2 untuk tingkatkan metabolisme

Bersenam

Apabila bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari, anda akan meningkatkan kadar metabolisme dalam tempoh 24 jam berikutnya. Contohnya berjalan lebih jauh ketika membeli-belah, menggunakan tangga daripada menggunakan lif dan melakukan lebih banyak aktiviti di sekitar rumah termasuk bercucuk tanam, menyapu, menyiram pokok bunga dan sebagainya.

Membina otot

Lebih banyak otot, lagi tinggi kalori terbakar. Cuba gabungkan senaman aerobic atau latihan berat badan.

Vitamin tambahan

Vitamin C juga penting kerana ia adalah rakan baik dengan kalsium dalam peningkatan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme, manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral.

Makanan tidak terlalu berat secara berulangan

Pastikan tubuh mendapat 800 kalori setiap hari untuk mengekalkan kecerdasan. Makan empat hingga enam kali makanan seimbang atau diet setiap dua hingga tiga jam bermula dengan sarapan. Bermula dari sini, anda boleh meningkatkan kadar metabolisme, menstabilkan kadar gula dalam darah, membekalkan sumber tenaga dan membantu mengelak makan terlalu banyak tanpa dikawal.

Mengamalkan diet sihat

Pastikan anda mendapatkan protein optimum untuk mengekalkan otot baik. Ambil makanan mengandungi kadar serat tinggi dan makanan pembakar lemak untuk meningkatkan kadar metabolisme. Minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.Tidak mendapat air mencukupi, melambatkan semua sistem badan termasuk kadar metabolisme.

Tidur cukup

Tidur sekurang-kurang tujuh atau lapan jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu tubuh untuk membakar kalori. Jumlah tidur berlebihan juga tidak memberikan kesan sama. Cuba kekalkan rutin konsisten dan bangun waktu lebih kurang sama setiap hari.

Hindari tekanan

Kortisol adalah hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya dalam situasa tekanan tinggi tatkala anda mengalami gangguan emosi.

Kesan matahari

Sinar matahari baik untuk kesihatan dan metabolism anda. Kajian menunjukkan menghabiskan masa lama dalam persekitaran tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Dapatkan sedikit sinar matahari untuk menaikkan kadar degupan jantung dan menghirup udara segar.

Makanan pedas

Ia mampu membakar kalori sejurus 30 minit selepas makan.

Kesegaran teh hijau

Gantikan kopi atau teh tarik dengan pengambilan teh hijau kerana teh itu diperkaya dengan polifenol bertindak meningkatkan kadar metabolisme

Alang-alang saya dah citer pasal ni...saya nak share set shape up yang memang popular di kalangan customer saya....dalam set ini ade protin Cinch shake.nak tau apa bezanya dengan protin jenama lain?....
Bezanya protin Cinch mengandungi  Leucine serta formula yg bertindak membakar lemak dengan mengekalkan otot2 yg berharga itu..Otot2 itu perlu utk badan membakar kalori dengan lebih efisien..Jadi pastikan anda membeli protin shake yang tepat.. Kerana jika tidak, anda mungkin fikir anda kehilangan kilogram yg banyak.. hakikatnya anda kehilangan otot2 yg berharga itu.. oh tidakk




Puan Zita
Shaklee Independent Distributor
 ID 881218
0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin