Wednesday 24 July 2013

Apa itu Autism?

Selamat petang semua....drop by nak share something dengan you all...tajuk paling ramai orang tak tahu.

Apa itu Autism?

Autism boleh dirujuk sebagai komplikasi di dalam pertumbuhan dan perkembangan bayi. Pakar mengesahkan bahawa tanda-tanda autism wujud pada bayi yang berusia seawal 3 tahun lagi. Punca utama autism ini adalah kesan daripada berlakunya kecelaruan dari sudut neurologi yang boleh mendatangkan kesan kepada fungsi otak; mempengaruhi pertumbuhan otak terutamanya dari sudut komunikasi dan sosial anak tersebut. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

haaa...itu bahasa buku. Nak tahu dari pengalaman saya sendiri yang mempunyai anak istimewa ini. Pada awalnya, memang tiada tanda menunjukan anak saya mempunyai Autism Spectrum Disorder sehingga lah dia berumur 2 tahun dimana seorang kanak-kanak sepatutnya telah mula bercakap dan memanggil nama ibu dan ayah nya. Fizikalnya tiada kecacatan langsung, sempurna alhamdulillah.

Namun, kami sebagai ibu bapa akhirnya berikhtiar menghantar dia menjalani beberapa ujian di Hospital. Setelah beberapa saringan dan berjumpa beberapa kali dengan pakar kanak-kanak, anak saya disahkan mempunyai masalah untuk berkomunikasi dan perkembangan mental yang berlainan dari kanak2 biasa. Kenapa saya katakan berlainan?...sebab pakar kanak-kanak memaklumkan anak saya seperti kanak-kanak yang mempunyai ASD, mempunyai kelebihan tertentu seperti daya memori yang kuat, boleh belajar dengan cepat  dan cenderung kepada sesuatu aktivit yang disukai seperti bermain muzik.

ok, cukup takat hari ni...nanti saya sambung balik...

oh ya, anak saya sekarang telah bersekolah khas dan saya juga memberi makanan tambahan seperti Mealshake, Omega Guard dan juga GLA Complex.

Perubahan paling baik adalah dia tidak diserang asthma lagi...alhamdulillah.

Puan Zita
Shaklee Independent Distributor
ID 881218
0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

Monday 15 July 2013

Amalan Pemakanan Supplement di Bulan Ramadhan

Ari rajin nak menulis kat blog ni....release stress...hahaha....saja ja nak share cara saya amalkan pemakanan supplement saya pada bulan pose ni...memang ramai yang tertanya-tanya macam mana nak jadikan rutin harian...

Ok, bagi saya, selepas sahur yang wajib saya ambil B Complex  1 Biji dan Ostematrix 2 biji. Ambil selepas makan sahur...tapi bukan je abis makan terus telan....rehatkan perut dulu dalam kira2 10 minit, kemudian baru ambil supplement. Dan tak lupa juga , satu mug milo + esp + mealshake...haaa..yang ni wajib!!

Untuk berbuka pula, selepas makan saya ambil alfalfa 5 biji dan sepanjang malam tu saya pastikan saya habis minum sekurang-kurangnya 1.2 liter air...ni sebab botol air saya tu saiz 600ml je, so senang saya nak pantau keperluan air saya tu.

Yang penting jika anda mengamalkan Vitalea atau GLA dan sebagainya, pastikan basic rulesnya di ikuti...contoh macam Vitalea tidak sesuai diambil bersama susu atau sebarang dairy product.

Saya dapat lihat perbezaan pose saya berbanding tahun-tahun yang sudah....badan rasa lebih cergas dan kurang rasa letih.

Contoh macam semalam, satu hari suntuk saya mengemas rumah...angkat perabot, arrange susunan perabot dan sebagainya...namun alhamdulillah, saya masih boleh bertarawih dan bermain ngan anak-anak saya tu...hehehe

Jadi..jom amalkan pemakanan tambahan iaitu supplement...tidak ada yang rugi, semuanya menguntungkan kita, badan sihat dan insyaallah, keluarga pun happy...tak gitu?!!!



Puan Zita
Shaklee Independent Distributor
ID 881218
0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

Thursday 11 July 2013

Kelebihan GLA dan manafaatnya

Kali ini nak share tentang kelebihan GLA Complex Shaklee berbanding dengan brand lain. Ini saya ambil dari entry Cantik Sihat Semulajadi .com.

____________________________^^^^


Asid gamma-linolenik (Gamma-linolenic acid) adalah sejenis asid lemak yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan.

Asid lemak ini didapati boleh melawan keradangan dan biasanya diperoleh daripada bahan-bahan seperti evening primrose oil, borage seed oil, dan black currant oil apabila digunakan dalam supplemen.

Kebanyakan GLA yang tersedia di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO). Berbanding jenama lain, GLA Complex Shaklee diekstrak daripada borage seed yang mengandungi lebih daripada 2 kali ganda GLA di dalam EPO. Borage juga 3 kali ganda lebih bioavailabiliti dan 3 kali ganda lebih berkesan daripada EPO.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300 mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6 serta digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilan GLA.

Sumber asli GLA
Borage seed 17% - 25%
Blackcurrant 15% - 20%
Evening Primrose Oil 7% - 10%





Manfaat utama GLA

1. Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

2. Mengawal selia hormon estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki sindrom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

3. Melambatkan menopaus - memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, tekanan. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberikan tona kulit yang lebih muda

4. Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing

5. Menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

6. Memperbaiki inflamasi kulit - GLA mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi daripada rheumatisma, artritis

7. Menghalang komplikasi diabetes - merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi

8. Pelangsingan dan menghalang pertambahan berat badan - GLA merendahkan kolestrol LDL, menghalang pertambahan berat badan dengan berkesan, memberi tona kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik, menghalang penambahan berat badan.

9. Menghalang tekanan darah tinggi - menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung

10. memperbaiki tekstur rambut - memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur

11. hiperaktif dan autisma (ADD/ADHD) - dibukti secara klinikal bahawa GLA memperbaiki keadaan anak-anak autisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

________________________________

Saya nak share pengalaman saya sendiri...saya mempunyai seorang anak yang dilahirkan istimewa...dia di diagnos hiperaktif dan autism. Memang mempunyai masalah untuk memberi tumpuan. Setakat ini saya masih memberi dia supplement tambahan iaitu GLA dan Mealshake. Alhamdulillah. ...yang paling ketara adalah dia makin boleh memberi tumpuan dan kadang kala boleh respond semula kepada kita. Kanak2 istimewa seperti anak saya ni memang tidak boleh duduk diam dan tiada fokus langsung. Kesabaran yang amat tinggi amat diperlukan untuk menjaga mereka ini. Bagi saya...saya amt bersyukur diberikan anak istimewa ini. Saya redha dan mensyukuri setiap masa bersama dengan anak saya ni...Muhammad ' Izzat. .mummy sayang Ijat..

Pua Zita
Shaklee Independent Distributor
 ID 881218
0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

Saturday 6 July 2013

Promisi Julai ~GLA Complex...Enhance your healthy

Sempena promosi Julai, inilah masanya untuk mereka yang menitik beratkan kesihatan dalaman. Orang kata cantik di dalam...maka cantik la diluar...insyaallah.
Jadi bulan ni...GLA complex dengan pembelian 6 botol,  percuma 1 botol akan diberi.

Apa kelebihan GLA yang paling best? Pasti soalan lazim yang akan di tanya. Antara kelebihan mengamalkan pengambilan GLA ini adalah:

★Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
★Membantu meningkatkan kesuburan
★Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
★Membantu dalam menangani menopus
★Menguatkan kuku dan rambut
★Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
★Membantu menangai ekzema
★Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
★Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
★Menguatkan imuniti tubuh
★Memperlahankan proses penuaan
★Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
★Mengawal kencing manis dan darah tinggi
★Mengawal kolesterol
★Untuk fungsi saraf


Dan ini entry yang saya baca dari MamaFaiz.com. Dalam Shaklee memang tak de primrose oil..atau EPO yang selalu wanita amalkan...tapi Shaklee ada GLA...manafaatnya memang l3bih baik kerana produk Shaklee adalah dijamin selamat, berkesan dan semulajadi. ...so jom baca

____________________________________
Asid lemak untuk wanita
Soalan: Saya telah mengamalkan pengambilan minyak evening primrose (EPO) sejak lebih daripada setahun yang lalu. Saya dapat rasai perubahan pada kelembapan kulit dan saya terfikir untuk diberikan kepada ibu. Apakah pengambilannya turut memberi kebaikan kepada ibu yang sudah berusia 52 tahun ?

Jawapan:Kegunaan minyak evening primrose bukanlah sesuatu yang baru, malah secara tradisionalnya ia telah digunakan oleh masyarakat asli Amerika untuk menangani masalah kulit dan keseluruhan pokoknya direbus untuk masalah batuk, sakit kerongkong, artritis, lebam dan beberapa lagi.

Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA).Kandungannya yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia.Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan termasuklah sindrom prahaid (PMS), artritis reumatoid, diabetik neuropati (masalah terjejasnya fungsi saraf akibat diabetes), ekzema, kesakitan payudara, alergi, menopos dan beberapa lagi. Ini menjadikan tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah ini semakin berkembang dan lebih dikenali.Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Asid lemak perlu merupakan komponen membran sel dan sel-sel saraf. Ia juga membantu mengekalkan intergriti membran-membran sel yang membenarkan nutrien-nutrien memasuki sel-sel dan penyingkiran bahan buangan. Asid-asid lemak ini juga menyumbang kepada kebendaliran membran sel untuk membolehkan komunikasi antara sel-sel berlaku.Bagi mereka yang mengalami sesetengah masalah kesihatan seperti diabetes, pengambilannya mungkin lebih diperlukan kerana penukaran linoleic acid kepada GLA menjadi lebih sukar dan perlahan. Ini penting kerana untuk membolehkan ia digunakan sepenuhnya oleh tubuh, ia perlu ditukar kepada GLA.Selain itu, faktor pemakanan dan gaya hidup juga boleh menjejaskan penukaran ini. Ini merangkumi makanan yang tinggi dengan lemak tepu, makanan proses, kolesterol, gula dan alkohol, stres dan peningkatan usia. Penukaran yang lemah ini boleh mengakibatkan paras prostaglandin yang lebih rendah.Prostaglandin adalah bahan yang menyerupai hormon yang bertanggungjawab kepada beberapa fungsi tubuh, termasuklah dalam pengawalan tekanan darah, merehatkan salur darah untuk peredaran darah yang lebih baik, mencegah pembekuan darah, menghalang sintesis kolesterol, mengawal tindak balas hormon dalam sistem reproduktif dan juga mengawal paras insulin dan sebagainya.

Pengambilan asid lemak melalui makanan harian adalah perlu memandangkan ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh. Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.Dengan itu, jika diambil kira faktor-faktor seperti peningkatan usia, faktor kesihatan, pemakanan dan gaya hidup kini, pengambilan minyak evening primrose boleh memberi manfaat kepada wanita sama ada untuk alasan kesihatan mahupun kecantikan secara umum.

sumber : http://utusan.adamantsys.com/utusan/info.asp?y=2011&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_06.html


GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

































Zita Shaklee Independent Distributor ID 881218 0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin