Wednesday 24 July 2013

Apa itu Autism?

Selamat petang semua....drop by nak share something dengan you all...tajuk paling ramai orang tak tahu.

Apa itu Autism?

Autism boleh dirujuk sebagai komplikasi di dalam pertumbuhan dan perkembangan bayi. Pakar mengesahkan bahawa tanda-tanda autism wujud pada bayi yang berusia seawal 3 tahun lagi. Punca utama autism ini adalah kesan daripada berlakunya kecelaruan dari sudut neurologi yang boleh mendatangkan kesan kepada fungsi otak; mempengaruhi pertumbuhan otak terutamanya dari sudut komunikasi dan sosial anak tersebut. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

haaa...itu bahasa buku. Nak tahu dari pengalaman saya sendiri yang mempunyai anak istimewa ini. Pada awalnya, memang tiada tanda menunjukan anak saya mempunyai Autism Spectrum Disorder sehingga lah dia berumur 2 tahun dimana seorang kanak-kanak sepatutnya telah mula bercakap dan memanggil nama ibu dan ayah nya. Fizikalnya tiada kecacatan langsung, sempurna alhamdulillah.

Namun, kami sebagai ibu bapa akhirnya berikhtiar menghantar dia menjalani beberapa ujian di Hospital. Setelah beberapa saringan dan berjumpa beberapa kali dengan pakar kanak-kanak, anak saya disahkan mempunyai masalah untuk berkomunikasi dan perkembangan mental yang berlainan dari kanak2 biasa. Kenapa saya katakan berlainan?...sebab pakar kanak-kanak memaklumkan anak saya seperti kanak-kanak yang mempunyai ASD, mempunyai kelebihan tertentu seperti daya memori yang kuat, boleh belajar dengan cepat  dan cenderung kepada sesuatu aktivit yang disukai seperti bermain muzik.

ok, cukup takat hari ni...nanti saya sambung balik...

oh ya, anak saya sekarang telah bersekolah khas dan saya juga memberi makanan tambahan seperti Mealshake, Omega Guard dan juga GLA Complex.

Perubahan paling baik adalah dia tidak diserang asthma lagi...alhamdulillah.

Puan Zita
Shaklee Independent Distributor
ID 881218
0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

No comments:

Post a Comment