Showing posts with label Autism. Show all posts
Showing posts with label Autism. Show all posts

Sunday, 9 November 2014

Pemakanan Terbaik untuk Kanak-Kanak Autistic

Setelah sekian lama tidak menjengah ke blog kesayangan ini, akhirnya, dapat juga meluangkan masa yang amat2 terhad ini untuk berkongsi pengalaman saya sebagai ibu kepada seorang anak yang teramat istimewa. Sesapa yang baca post sebelum ni, pasti tahu anak saya telah disahkan autistic sejak berumur 2 tahun lagi.

Ok, untuk post kali ini, antara sebabnya adalah bulan ini, Shaklee sedang menawarkan promosi pembelian Omega Guard dengan 2 pilihan, iaitu beli 6 botol percuma 1 atau beli 2 botol akan dapat diskaun 5%. Bestkan?...mesti lah best sebab ini adalah antara supplement yang saya berikan kepada anak saya yang istimewa itu.

Keistimewaan Omega Guard Shaklee ni memang terbukti dengan penghasilan minyak ikan yang terbaik dan mengandungi EPA dan DHA per serving paling banyak berbanding jenama lain. Telah banyak testimoni berkaitan dengan kesihatan mental dan fizikal yang berkait rapat dengan pengambilan minyak ikan ini. Boleh dapatkan maklumat lanjut melalui post2 saya sebelum ini di sini.
Banyak dah saya cerita faedah2 pengambilan Omega Guard ini, so, jangan lupa untuk scroll kat link tu ye.................


Patut la zaman dulu, masa duk kampung, arwah mak paksa makan minyak ikan jenama S****tt E*** tu...mas tu lagi la, mana ada perisa oren kan...maka dipaksa telan jugak...huhuhu...dah besar ni baru tau kepentingan minyak ikan tu sebenarnya. Dan saya ambil dari jenama yang dijamin selamat, semulajadi dan berkesan.



*credit to yuyu vita e-shoppe


Zita
Shaklee Independent Distributor
ID 881218
0195717830
|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

Thursday, 30 January 2014

Anakku Autistic dan Hyper

Dah lama nak sambung citer pasal anak kesayangan istimewa saya, sekarang alhamdulillah dah berumur 6 tahun 2 bulan dan telah masuk ke sekolah khas pendidikan rendah. Rasanya ramai ibu bapa yang tak tahu macam mana cara nak bantu anak2 istimewa ni. Saya amat galakan ibu bapa yang masih ragu2 tentang kelakuan anak2 mereka...bawa lah berjumpa paediatrik sebab tidak ada ruginya. Jika betul anak kita itu istimewa, sekurang kurangnya kita sebagai ibu bapa tahu bagaimana hendak membantunya berdikari untuk masa hadapannya.

Saya telah daftarkan anak saya sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) dan mmg akan dapat satu kad OKU. Kad OKU ini bukan boleh terus didaftarkan, ia perlu mendapat pengesahan dari paediatrik bahawa anak kita mmg menghadapi masalah kelainan upaya berbeza dengan orang normal. Setelah itu, barulah anak saya boleh bersekolah di sekolah khas di bawah jabatan pendidikan negeri. Rupanya, alhamdulillah anak2 istimewa ini layak mendapat bantuan dari kerajaan setiap bulan dan duit itu adalah dibawah nama anak tersebut. Dengan adanya bantuan seperti ini, amat membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk membeli keperluan untuk anak2 istimewa ini. Ye lah kan...contoh macam anak saya, walaupun sudah berumur 6 tahun...tapi dia masih tidak faham maksud nak buang air besar. Alhamdulillah, kencing dia dah tahu cakap. Jadi, dengan bantuan dari kerajaan ini, kami belikan keperluan pampers orang dewasa untuk dia. Mahal tau harganya, satu pek harga RM 25.90 untuk 10 keping sahaja. Badan anak saya ni besar, pampers kanak2 mmg tak muat dah.

Setelah dia bersekolah di sekolah khas dibawah cikgu yang terlatih, memang banyak perubahan dapat saya lihat. Contohnya anak saya dah boleh buat ayat walaupun ringkas. Contoh kalau dia nak sesuatu, dia akan cakap" Maaa, I want milk". Alhamdulillah, itu dah cukup banyak improvement dia. Anak saya mmg lebih banyak pick up bahasa English. Malahan semua arahan kene cakap bahasa English sbb itu yang dia faham. Jangan salah faham ye sebab memang kebanyakan budak autistic cepat pick up bahasa English. Anak saya cepat dapat melalui rancangan kartun yang dia tonton. Dan kami juga masih bawa dia ke terapi pertuturan setiap bulan.

Sekarang anak saya dah masuk darjah 1. Kelas pun ikut tahap yang telah ditetapkan. Cuma buat masa ini, dia masih tidak dapat nak terima yang dia dah kene tukar kelas. Anak2 autistic ni memang ade rutinnya, dan jika rutinnya terganggu...dia akan mengamuk dan mengacau orang lain...tapi tak de la sampai mencederakan dirinya dan orang lain. Dia akan buat apa saja yang dia suka, dan cikgu pun dah faham sangat dengan kerenah anak2 spesel ni...so, itu yang saya tak bimbang bila hantar ke sekolah khas ni. Cikgu2 nya terlatih untuk mengajar anak2 spesel ni. Dan mereka memang ada panduan dalam mengajar anak2 spesel ini.

Ok, rasanya kali ni banyak saya berceloteh...cuma nak berkongsi pengalaman saya sahaja. Tak ramai yang tahu tentang anak2 spesel ni...semoga menjadi info berguna untuk korang semua.

Nanti saya sambung lagi citer ni ye....

Puan Zita
Shaklee Independent Distributor
ID 881218
0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

Saturday, 17 August 2013

Kenalpasti peringkat awal Autistic Sindrom Disorder - Pengalaman Sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....alhamdullilah di pagi sabtu yang busy ni...( basuh baju, kemas umah ...masak...keje no. 2 pulak)...terlintas di hati nak share pengalaman saya tentang Autism....ni sambungan saya berkaitan autism yang lalu...

Saya tahu, bila orang tengok anak saya, diorang kata tak de cacat cela nye...memamg kanak2 yang didiagnos Autism ni tidak ade cacat celanyer....kerana cacatnye adalah pada mental kanak-kanak itu sendiri, saya bercakap berdasarkan pengalaman saya ye...anak sulung saya Autism dan disahkan sejak dia berumur 2 tahun...

Macam mana nak detect anak anak kita yang berkemungkinan mempunyai ASD ni?...pada masa mula2 saya hantar anak saya ke paediatric, benda pertama dia buat adalah memanggil nama anak saya dan cuba untuk berbual dengan menanyakan siapa namanye....simptom yang boleh dilihat dengan ketara ialah anak saya tidak respon semula apabila namanya dipanggil dan apabila diajak untuk berbual, dia tidak mempunyai eye contact dengan doktor. Dia juga tidak fokus kepada satu satu perkara dan doktor memaklumkan kepada saya yang anak saya juga hyperactive....wahh...2 in 1 lak kan....reaksi pertama saya setelah paediatrik maklumkan bahawa anak saya disahkan ASD dan hyperactive, saya kelu seribu bahasa dan tidak boleh nak beri apa2 respon kepada paediatrik....

Saya ambil masa yang lama untuk menelan hakikat yang anak saya ASD dan hyperactive...maybe dalan sebulan lebih baru saya sedar kembali dan redha dengan kehendak Ilahi. Bermula lah perjalanan kami sekeluarga untuk membesarkan anak saya yang istimewa ini. .....

Ok, nanti sambung lagi sebab nak pi layan anak saya tu...nanti saya citer macam mana nak sekolahkan anak anak ASD dan hyper ni...serta apa yang saya lalui sepanjang saya membesarkan anak saya ni...

Kalu nak info atau ape2 aje nak share, tinggalkan comment anda di sini....




Puan Zita
Shaklee Independent Distributor
ID 881218
0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

Wednesday, 24 July 2013

Apa itu Autism?

Selamat petang semua....drop by nak share something dengan you all...tajuk paling ramai orang tak tahu.

Apa itu Autism?

Autism boleh dirujuk sebagai komplikasi di dalam pertumbuhan dan perkembangan bayi. Pakar mengesahkan bahawa tanda-tanda autism wujud pada bayi yang berusia seawal 3 tahun lagi. Punca utama autism ini adalah kesan daripada berlakunya kecelaruan dari sudut neurologi yang boleh mendatangkan kesan kepada fungsi otak; mempengaruhi pertumbuhan otak terutamanya dari sudut komunikasi dan sosial anak tersebut. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

haaa...itu bahasa buku. Nak tahu dari pengalaman saya sendiri yang mempunyai anak istimewa ini. Pada awalnya, memang tiada tanda menunjukan anak saya mempunyai Autism Spectrum Disorder sehingga lah dia berumur 2 tahun dimana seorang kanak-kanak sepatutnya telah mula bercakap dan memanggil nama ibu dan ayah nya. Fizikalnya tiada kecacatan langsung, sempurna alhamdulillah.

Namun, kami sebagai ibu bapa akhirnya berikhtiar menghantar dia menjalani beberapa ujian di Hospital. Setelah beberapa saringan dan berjumpa beberapa kali dengan pakar kanak-kanak, anak saya disahkan mempunyai masalah untuk berkomunikasi dan perkembangan mental yang berlainan dari kanak2 biasa. Kenapa saya katakan berlainan?...sebab pakar kanak-kanak memaklumkan anak saya seperti kanak-kanak yang mempunyai ASD, mempunyai kelebihan tertentu seperti daya memori yang kuat, boleh belajar dengan cepat  dan cenderung kepada sesuatu aktivit yang disukai seperti bermain muzik.

ok, cukup takat hari ni...nanti saya sambung balik...

oh ya, anak saya sekarang telah bersekolah khas dan saya juga memberi makanan tambahan seperti Mealshake, Omega Guard dan juga GLA Complex.

Perubahan paling baik adalah dia tidak diserang asthma lagi...alhamdulillah.

Puan Zita
Shaklee Independent Distributor
ID 881218
0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin