Thursday 30 January 2014

Anakku Autistic dan Hyper

Dah lama nak sambung citer pasal anak kesayangan istimewa saya, sekarang alhamdulillah dah berumur 6 tahun 2 bulan dan telah masuk ke sekolah khas pendidikan rendah. Rasanya ramai ibu bapa yang tak tahu macam mana cara nak bantu anak2 istimewa ni. Saya amat galakan ibu bapa yang masih ragu2 tentang kelakuan anak2 mereka...bawa lah berjumpa paediatrik sebab tidak ada ruginya. Jika betul anak kita itu istimewa, sekurang kurangnya kita sebagai ibu bapa tahu bagaimana hendak membantunya berdikari untuk masa hadapannya.

Saya telah daftarkan anak saya sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) dan mmg akan dapat satu kad OKU. Kad OKU ini bukan boleh terus didaftarkan, ia perlu mendapat pengesahan dari paediatrik bahawa anak kita mmg menghadapi masalah kelainan upaya berbeza dengan orang normal. Setelah itu, barulah anak saya boleh bersekolah di sekolah khas di bawah jabatan pendidikan negeri. Rupanya, alhamdulillah anak2 istimewa ini layak mendapat bantuan dari kerajaan setiap bulan dan duit itu adalah dibawah nama anak tersebut. Dengan adanya bantuan seperti ini, amat membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk membeli keperluan untuk anak2 istimewa ini. Ye lah kan...contoh macam anak saya, walaupun sudah berumur 6 tahun...tapi dia masih tidak faham maksud nak buang air besar. Alhamdulillah, kencing dia dah tahu cakap. Jadi, dengan bantuan dari kerajaan ini, kami belikan keperluan pampers orang dewasa untuk dia. Mahal tau harganya, satu pek harga RM 25.90 untuk 10 keping sahaja. Badan anak saya ni besar, pampers kanak2 mmg tak muat dah.

Setelah dia bersekolah di sekolah khas dibawah cikgu yang terlatih, memang banyak perubahan dapat saya lihat. Contohnya anak saya dah boleh buat ayat walaupun ringkas. Contoh kalau dia nak sesuatu, dia akan cakap" Maaa, I want milk". Alhamdulillah, itu dah cukup banyak improvement dia. Anak saya mmg lebih banyak pick up bahasa English. Malahan semua arahan kene cakap bahasa English sbb itu yang dia faham. Jangan salah faham ye sebab memang kebanyakan budak autistic cepat pick up bahasa English. Anak saya cepat dapat melalui rancangan kartun yang dia tonton. Dan kami juga masih bawa dia ke terapi pertuturan setiap bulan.

Sekarang anak saya dah masuk darjah 1. Kelas pun ikut tahap yang telah ditetapkan. Cuma buat masa ini, dia masih tidak dapat nak terima yang dia dah kene tukar kelas. Anak2 autistic ni memang ade rutinnya, dan jika rutinnya terganggu...dia akan mengamuk dan mengacau orang lain...tapi tak de la sampai mencederakan dirinya dan orang lain. Dia akan buat apa saja yang dia suka, dan cikgu pun dah faham sangat dengan kerenah anak2 spesel ni...so, itu yang saya tak bimbang bila hantar ke sekolah khas ni. Cikgu2 nya terlatih untuk mengajar anak2 spesel ni. Dan mereka memang ada panduan dalam mengajar anak2 spesel ini.

Ok, rasanya kali ni banyak saya berceloteh...cuma nak berkongsi pengalaman saya sahaja. Tak ramai yang tahu tentang anak2 spesel ni...semoga menjadi info berguna untuk korang semua.

Nanti saya sambung lagi citer ni ye....

Puan Zita
Shaklee Independent Distributor
ID 881218
0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

No comments:

Post a Comment