Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Friday, 23 May 2014

Cara makan untuk kekal Langsing



Salam hari jumaat buat semua... harini nak cerita tentang makan.Makan ni sesuatu yg wajib..ia fitrah manusia. Kita semua perlu makan utk memberi tubuh kita bahan utk dibakar utk dijadikan sumber tenaga. Kita juga perlu makan supaya zat2 penting dpt disalurkan kepada tubuh kita..jadi jgn takut makan semata2 taknak gemuk okay...Harini mari kita baca cara mkn yg betul utk kekal langsing:

 
  1. Makan dengan kerap.Anda boleh pastikan anda langsing jika makan dengan kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak
  2. Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan. Para pengkaji dari Purdue University mendapati bahawa mereka yang memakan makanan berprotein tinggi lebih merasa puas dengan dengan makanan yang di makan dan kurang berasa lapar. Tambahan pula, mereka yang memakan 30 peratus kalori daripada makanan bersumber protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya. Jadi pilihan anda utk mencuba ESP or Cinch Shaklee.. mmg tepat..tu makanan tambahan protin yg bestt..
  3. 3.Rendah kalori, rendah lemak. Amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.
    4.Waktu terbaik untuk minum air.Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan...Waktu yg dicadangkan adalah awal pagi selepas bgn tidur, 30min sebelum waktu makan, sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan.


Okey..sekian tips untuk hari ini.. Semoga hari hujung minggu ini membawa seribu kebahagiaan dan rahmat buat kita semua..



Zita Shaklee Independent Distributor ID 881218 0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

Friday, 23 August 2013

ESP- Sumber Protein Non GMO Terbaik

Alhamdulillah...syukur dipanjantkan kepada Ilahi kerana masih boleh bernafas dan meneruskan kehidupan yang sementara ini...

Just drop by nak share lagi kelebihan Energising Soy Protein dari Shaklee ni. ESP ni diperbuat dari soya yang NonGMO...apa pulak NonGMO nih?...ok, kalo nak tahu NonGMO ni maksudnya tidak diubahsuai secara genetik. Protein soya Non-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.Program ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, yakinlah dgn shaklee dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.


Mesti ada yang tanya..apa bagusnya kalau soya Shaklee ni Non-GMO...Haa.. ni yang ramai taktahu... mari saya nak tulis sini kenapa kene pilih produk NonGmo berbanding produk GMO.... Produk2 GMO boleh menyebabkan alergy, toxic, potensi kanser. Lagi2 zaman sekarang ni.. produk2 GMO mmg dah makin banyak di pasaran sbb tu mcm2 penyakit sekarang.. contoh yang paling glamor adalah penyakit berkaitan kanser dan allergic.. tu mmg common laa kann..Antara makanan yang tinggi potensi GMO adalah jagung dan soya.. Oleh sebab tu ,,kalau you all nak beli protin dari sumber soya.. pastikan you all baca dulu labelnya, pilih produk yg berlabel NonGMO.. Jangan beli sebab murah or sebab rasa sedap or sebab ikut ikutan.. or sebab nak dapat barang free.. hargai dan sayangi lah badan anda. InsyaAllah nanti saya kongsikan lagi bahaya GMO yg harus anda ketahui.. ... 

Sekarang ni saya dah mula amalkan minum ESP dengan air kosong sahaja...sebelum ni saya campurkan dengan Milo...tapi bila minum ESP plain sahaja...bezanye kita dapat rasa keaslian soya ESP nih....memamg bersyukur dapat dipertemukan dengan produk ini....mempunyai seribu satu kebaikan untuk kesihatan badan saya..

Lagi satu ESP ni memang Hot Item dalam Shaklee..selalu abis stok sebab ramai yang beli. Nak tahu kenapa ? Sebab ESP menjadikan kulit cantik, halus,gebu,berseri, anjal.. ESP membantu menghilangkan parut jerawat di muka. ESP memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan sihat, kurang letih..ESP suplemen asas utk badan sihat, langsing,awet muda

So, pi check product soya yang korang makan...GMO ke Non GMO...takut kang jadi punca penyakit lak..





Zita Shaklee Independent Distributor ID 881218 0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

Monday, 15 July 2013

Amalan Pemakanan Supplement di Bulan Ramadhan

Ari rajin nak menulis kat blog ni....release stress...hahaha....saja ja nak share cara saya amalkan pemakanan supplement saya pada bulan pose ni...memang ramai yang tertanya-tanya macam mana nak jadikan rutin harian...

Ok, bagi saya, selepas sahur yang wajib saya ambil B Complex  1 Biji dan Ostematrix 2 biji. Ambil selepas makan sahur...tapi bukan je abis makan terus telan....rehatkan perut dulu dalam kira2 10 minit, kemudian baru ambil supplement. Dan tak lupa juga , satu mug milo + esp + mealshake...haaa..yang ni wajib!!

Untuk berbuka pula, selepas makan saya ambil alfalfa 5 biji dan sepanjang malam tu saya pastikan saya habis minum sekurang-kurangnya 1.2 liter air...ni sebab botol air saya tu saiz 600ml je, so senang saya nak pantau keperluan air saya tu.

Yang penting jika anda mengamalkan Vitalea atau GLA dan sebagainya, pastikan basic rulesnya di ikuti...contoh macam Vitalea tidak sesuai diambil bersama susu atau sebarang dairy product.

Saya dapat lihat perbezaan pose saya berbanding tahun-tahun yang sudah....badan rasa lebih cergas dan kurang rasa letih.

Contoh macam semalam, satu hari suntuk saya mengemas rumah...angkat perabot, arrange susunan perabot dan sebagainya...namun alhamdulillah, saya masih boleh bertarawih dan bermain ngan anak-anak saya tu...hehehe

Jadi..jom amalkan pemakanan tambahan iaitu supplement...tidak ada yang rugi, semuanya menguntungkan kita, badan sihat dan insyaallah, keluarga pun happy...tak gitu?!!!



Puan Zita
Shaklee Independent Distributor
ID 881218
0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

Thursday, 30 May 2013

Testimoni Energizing Soy Protin~Kulit lebih cerah dan kurang jerawat

Energizing Soy Protin atau ESP mmg produk Shaklee yang paling saya jatuh cinta. Sejak 9 bulan yang lalu, saya konsisten mengamalkan minum ESP setiap pagi. Alhamdulillah, perbezaan ketara yang saya dapat lihat, kulit makin cerah dan jerawat makin kurang. Lagi satu, kelebihan ESP ni membantu penghasilan susu ibu dengan lebih cepat dan membolehkan saya rasa kenyang sebelum bersarapan pagi...best kan?...
ni saya nak share testimoni pengguna ESP yang dah merasakan perbezaannya...tapi yang pasti diorang ni KONSISTEN....tu yang penting...kalau setakat minum on off tu , payah nak citer la kan...sendiri nak hasilnya, kene usaha tau...





hubungi saya untuk mendapatkan ESP ni pada harga istimewa...delivery throughout Malaysia yer.

Salam sayang

Puan Zita
Shaklee Independent Distributor
ID 881218
0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

Thursday, 16 May 2013

Pembekal tenaga seharian~Energizing Soy Protin Shaklee (ESP)

Alhamdullilah, semalam selamat melaksanakan tugas meraikan para pelanggan di tempat kerja. Event terakhir untuk tahun kewangan ni...happy giler sebab dah tak de dah nak buat event lagi...boleh concenrate on others activity...hehehe...

Tiba-tiba terfikir nak share kebaikan ESP sebagai pembekal tenaga seharian. Tak lama lagi nak menyambut bulan pose....so, ramai yang dah start buat pose ganti kan?....jadi kat sini saya nak bagi tau semua keistimewaan ESP Shaklee yang saya dah amalkan sejak 8 bulan yang lalu.

Saya amalkan minum ESP setiap pagi pada setiap hari. Tujuan utamanya adalah supaya memberi tenaga kepada badan kita dan disebabkan saya menyusukan anak, ESP menambahkan kalori yang diperlukan. Ini cara terbaik menambah kalori....tak perlu la kita nak  makan sentiasa dengan alasan untuk makan untuk tambah susu...oh, no..no..no, nanti terlebih makan, gemukss sudah!!...hehehe

Yang lagi bestnyer, ESP ni boleh dibancuh dengan bermacam-macam minuman....ade macam2 resepi...ni saya share dari blog Mamafaiz yer...tq cery ...
 
  • ESP + plain water (suam/sejuk)
  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP...boleh add on almond or fruits.bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  • ESP + susu tepung (any brand)
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana
  • ESP + Yogurt drink
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung
  • ESP + fresh milk + oat+serbuk koko+madu (ni resipi Dr Muhaya)
 Tambahan resepi yang saya selalu  buat pula ialah fresh Milk +ESP+gula+oats....gaulkan semua dan sejukan di dalam peti sejuk untuk 15 minit...lagi lama lagi bagus supaya oat tu lebih lembut...nak best lagi, campur kekacang dan  buah-buahan ...makan masa sejuk2 tu...emmm, yummeh!!!...hehehe

cuba lah, tak rugi...harga pasaran ESP RM 150...nak harga terbaik, jadilah member Shaklee, boleh dapat harga 15 hingga 33% lagi murah...membership for a life time..tp dengan syarat la kan...nak jana pendapatan pun boleh...nak makan je pun boleh..kalau nak tau lagi lanjut hubungi saya...tak kira dimana anda berada asalkan boleh online....



Puan Zita
Shaklee Independent Distributor
ID 881218
0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

Tuesday, 7 May 2013

Gabungan ESP dan Alfalfa ~ Cantik Luar dan Dalam

Sapa kata boleh minum mana2 air soya?...tahukah bahawa kebanyakan air soya yang diluar sana adalah dari jenis GMO - genetically Modified...di mana penghasilan soya tersebut melalui proses bahan kimia yang keterlaluan dan jika dimakan berlebihan akan memudaratkan kesihatan badan.

Tapi berbeza pula dengan ESP - Energizing Soy Protin dari Shaklee...ia adalah jenis non-GMO dan telah disuling menggunakan air bagi memelihara khasiat dan keasliannya. Macam saya, saya dah amalkan minum ESP ini masuk 7 bulan dan saya dapati kulit saya makin lembut dan cerah.  Selain itu, ESP turut membantu membekalkan tenaga dan kalori untuk membolehkan penghasilan susu badan yang banyak. ...saya amalkan minum ESP setiap pagi sebelum mulakan kerja.

Gabungan ESP dengan Alfalfa pula memang match made in heavan laa...ESP membantu memperbaiki sel-sel badan dan membolehkan penyerapan nutrisi lebih baik...jadi bila saya ambil Alfalfa, maka penyerapan nutrient dari Alfalfa adalah maksimum...1001 kebaikan Alfalfa saya perolehi...

Ini adalah testimoni pengguna yang telah mengamalkan ESP dan Alfalfa....alhamdullilah, dia berjaya mendapatkan hasil yang diingini....tapi dia kene berdepan dahulu dengan Healing Crisis....tq to Cantik Sihat Semulajadi untuk testimoni ini...


Ok, citer pasal Healing Crisis ni berbeza mengikut setiap individu...kenapa kene ade Healing Crisis ni?...ini adalah sebab apabila badan kita mula menerima nutrisi dari supplement yang kita makan, badan kita akan mula adjustkan badan atau reset kan badan untuk membolehkan nutrient yang di ambil diserap...jadi macam2 Healing Crisis timbul macam testimoni di atas, dia telah mengalami jerawat yang teruk setelah consume ESP dan Alfalfa, namun dia tak give up dan terus mengambil ESP dan Alfalfa. Dan hasilnya, setelah beberapa lama, kulit dia makin elok dan makin sembuh...

Ok, itu ja info nak dishare...kalo nak cuba, hubungi saya
Delivery throughout Malaysia....nak lagi murah untuk seumur hidup, jom register as member dan dapat diskaun 15% hingga 33%....jangan tunggu2...call ajer ye...



Zita Shaklee Independent Distributor ID 881218 0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

Friday, 3 May 2013

Milk Booster -Gabungan Energizing Soy Protin dan Alfalfa

Alhamdulillah. ..dah masuk ke bulan Mei iaitu bulan bday saya...heee..umur bertambah setahun...bermakna badan pun dah bertambah tua setahun...huhuhu...ok..mlm ni nak citer 2 produk Shaklee yang memang saya amalkan sejak dari berpantang hingga la sekarang...alhamdulillah. ..memang hasil yang boleh dilihat sendiri.....

Kenapa saya suka ESP?...selain sebab ESP memang sodap bila.dibuat smoothies...tapi yang paling best ..ia membantu memekatkan susu badan dan mengekalkan tenaga especially pada awal-awal pagi...saya amalkan minum ESP ni setiap pagi sebelum kerja...sementara nak breakfast dan drive to work...perut saya dah rasa kenyang dan badan akan rasa bertenaga...tu yang best. Sekarang ni baby saya dah masuk 9 bulan...alhamdulillah. .susu masih banyak iaitu sekali pump boleh dapat 5 ke 7 oz...masih boleh buat stok...saya akan pastikan saya pam 3 kali masa di opis...kelebihan yang saya nampak hasil mengamalkan ESP ni...kulit bertambah cerah especially di celah ketiak dan peha...memang kulit jadi lebih lembut....


Lagi satu produk Shaklee yang memang saya jatuh cinta sangat ialah Alfalfa. Ia mempunyai berbagai fungsi tapi yang paling famous ialah sebagai milk booster.  Saya ambil 3 biji setiap selepas lunch. Selain tu...kesan yang paling saya suka ialah alfalfa membantu masalah keputihan.  Masalah ni mmg kebanyakan wanita ada alami
..dan saya memang happy sejak amalkan alfalfa ni...masalah tu dah hilang sama sekali.


Jadi terpulang kepada bajet korang...nak amik satu satu pun boleh..nak dua dua lagi bagus!!..tapi mak jemah ni tamak...saya ambil dua dua sekali sebab memang berbaloi...apa yang saya share ni hasil 9 bulan saya amalkannya ye. So..sabar dan konsisten tu memang amat diperlukan. ..hehehe...jangan lupa pm atau WhatsApp saya yer. ..


Puan Zita
Shaklee Independent Distributor
 ID 881218
 0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

Saturday, 16 February 2013

Ketahui Simptom Kekurangan Protin

Dah nak masuk maghrib dah...hujan lebat turun dari pukul 3 ptg tadi....dah pun nama bandar hujan....musim kemarau pun hujan....kekeke....
Saya nak share tentang info simptom kekurangan protin dalam tubuh badan kita....ramai yang tak perasan simptom ini sehingga la kita sakit...tul tak....sebab tu korang kene baca ni...

Adakah korang mengalami simptom2 berikut :
1. Kulit wajah yang kusam?
2. Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
3. Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?
4. Rambut sering gugur?
5. Lemah dan tidak bertenaga?

Haa...itu la antara simptom kekurangan protin....macam mana nak dapatka protin yang secukupnya?.....apa kata cuba mengamalkan Energizing Soy Protein dari Shaklee



Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya.
ESP memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
ESP mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. ESP Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
ESP tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet

Jom cuba...saya bantu korang cara nak mengamalkan pengambilan ESP dengan betul....
Hubungi saya ye....


Puan Zita
Shaklee Independent Distributor
 ID 881218
0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

Friday, 11 January 2013

ESP- Kelebihan dan kebaikan yang boleh diperolehi

Dah malam Sabtu, sat je satu minggu berlalu....pejam celik pejam celik...dah nak pertengahan Januari 2013...sememangnya masa tidak pernah menunggu kita kan?

Ok, malam ni nak sentuh sikit tentang kelebihan dan kebaikan ESP-Energizing Soy Protin...kenapa nak tekan kan sangat kebaikannya?..Sebab protin adalah asas kepada semua sel di tubuh badan kita jadi jika tubuh badan kita kurang protin, maka sel kita juga tidak sihat....ini kata2 'layman' je la kan..

Cuba duk depan cermin....tengok muka kita tu betul2....cuba lihat, adakah :
 
1. Kulit wajah yang kusam?
2. Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
3. Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?
4. Rambut sering gugur?
5. Lemah dan tidak bertenaga?
 
Tahukah anda ia antara punca kekurangan protien?
Risiko Kekurangan Protein (umumnya):
1.
Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2.
Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3.
Liver (penyakit hati)
4.
High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5.
Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6.
Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7.
Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8.
Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9.
Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10.
Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11.
Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12.
Irritability (Badan menggeletar)
13.
Fatigue (Letih lesu)
14.
Weakness (Lemah)
15.
Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16.
Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17.
Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitana

____Jadi apa kata.. cuba ini harini.. Energizing Soy Protein__
Fakta ringkas:
Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak. Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet

Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


*credit to mamafaiz.com
hubungi saya untuk mendapatkan ESP ini...ready stok sentiasa ada....COD di sekitar Ipoh, Taiping, Kuala Kangsar dan juga Parit Buntar....


Zita
Shaklee Independent Distributor
ID 881218
whatapps : 0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

Friday, 28 December 2012

Variasi masker dengan Shaklee

Pepagi ni sebelum nak mulakan kerja, nak share gak tentang masker...masker muka...macam tak percaya tak?...haa, sapa kata produk shaklee ni makan aje...ni kira versatile la...
masker muka yang saya selalu amalkan baru2 ni menggunakan pil Vitamin E....macam mana nak buat?...sonang ajoo...ambil 1 biji pil vitamin e tu...cucuk dengan jarum kemudian picit perlahan2 untuk keluarkan isinya...sebelum nak buat tu make sure muka dah bersih ye...pastu sapukan vitamin e tu ke seluruh muka dan concentrate kat parut2 yang visible.....buat sebelum tidur...esoknya, cuci...memang kulit rasa lembut dan insyaallah parut yang visible tu akan hilang..tapi kene rajin la buat kan...kalo setakat 2-3 kali tu, jgn ler marah parut masih x hilang....ok, 1 pil tu boleh guna 2-3 kali ye...ni memang masker yang paling best la pernah saya cuba....

Next is masker muka menggunakan yogurt + ESP...yang ni saya belum try lagi, tapi kawan2 saya dah cuba dan mmg puas hati ngan hasilnya...ni gambar sebelum dan selepas ( credit to cantiksihatsemulajadi.com)


Alhamdulillah, memang produk Shaklee ini memberi kepuasan kepada saya...saya yakin sebab moto Shaklee adalah sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa semula jadi...try visit web www.shaklee.com.my
anda tentukan...pm saya untuk keterangan lanjut...

Zita
Shaklee Independent Distributor
ID 881218
0195717830|angahtaiping@yahoo.com|facebook/noorazita.awaludin

Monday, 19 November 2012

Semuanya tentang ESP...


Pengambilan protien membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan. Apa kelebihan dan kebaikan protien sebenarnya ?

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water

2. 25% Protein

3. 8% Fats

4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)

2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)

3. Liver (penyakit hati)

4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)

5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)

6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)

7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)

8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)

9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)

10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)

11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)

12. Irritability (Badan menggeletar)

13. Fatigue (Letih lesu)

14. Weakness (Lemah)

15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)

16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)

17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan ESP ini ialah;

o    membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.

o    menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung

o    setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat

o    kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous

o    indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)

Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)

Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.

Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).
*credit to group Jutawan

ESP- Kenapa ramai yang gilakan nye!!!

Sejak join busines Shaklee ni, dalam mana2 chat atau ruang FB, pasti ESP menjadi bualan hangat...kalau stok sampai je seperti yang berlaku dalam minggu ini, ramai yang berebut nak dapatkan bekalan ESP...memang laris sangat la ESP ni...

Ini antara sebabnya:
-pemberi tenaga yang berkekalan dengan protin yang berasaskan tumbuhan (sesuai untuk diet)
-perbezaan makanan tinggi karbo dan makanan tinggi protin ialah utk makanan yg tinggi karbo (seperti gula-glucose type), ia akan terus dilepaskan dlm darah dgn cepat,shoot up then drop (kerana indeks glisemiknya tinggi,jd energy yg dibekalkan adalah dlm tempoh singkat

TETAPI

ESP (energizing Soy protein), glucosenya dilepas ke dlm darah sedikit demi sedikit (indeks glisemik rendah).. jadi ia mengawal paras gula dan tenaga yg dibekalkan berpanjangan..

Nak tahu keistimewaan dan fakta tentang ESP?

  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.



INFO TAMBAHAN:
Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

*credit to nanny cery
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.